2010-09-14

di villa indah ini

aku cuti sampai jumaat ni, 17 september 2010. maknanya isnin 20 hari bulan barulah masuk pejabat. tapi sekarang telah berada di bumi kuala lumpur ni, kenapa?

bagaimana sambutan raya?

bila usia menginjak dewasa dan meningkat ni (yang mana aku selalu nafikan hakikat ini!), (sekurang-kurangnya) pada aku, raya hanyalah hari-hari biasa yang kita lalui. cuma bezanya ada tambahan solat sunat aidilfitri, baju raya, sesi bermaafan di pagi hari, kuih raya, lawat saudara mara (yang mana kalau bukan raya sangattttlah rare aku akan buat), sesi beri duit raya (ini bukan raya pun aku selalu buat). apa lagi?

entah lah, hingga satu tahap aku macam benci hari raya sebab aku tak mempunyai perancangan pun macam mana nak melaluinya. sudahnya akan ikut sahaja perancangan orang lain dan kalau tiada perancangan, akan tidur.

haish, tipikal umat manusia lelaki pemalas betul!

2 comments:

dasarhati said...

Masa dan hidup kita bawah kawalan kita, kenapa biarkan untuk ditentukan oleh orang lain? ;)

Selamat hari raya, and thanks for dropping by my blog!

D said...

bile usia dh bertambah, mmg raye maikn x syok dh..