2010-09-17

3 cerita cinta

itu hari, masa di kampung aku ternampak iklan telefilem di astro. malas nak ambik kisah sangat. sebab ingat mesti sama ada di saluran 104, 105. err, tak mungkin kat oasis kut. hehe.

bila dah balik KL baru perasan dan rasa meluap-luap nak subscribe pakej mustika sebab telefilem pujaan hati hanya disiarkan di astro citra 131.

keabadian cinta // 17 september 2010 // 9.00-10.30 malam.

akhirnya buat keputusan drastik tanpa sebarang perancangan (sangatttttlah aku!) telefon khidmat pelanggan astro 5 minit selepas cerita mula dan lepas 45 minit cerita mula baru siaran berjaya diaktifkan (ini terjemahan untuk "activated" kan?).

puas hatilah dengan cerita dia, walau dapat tengok separuh je. well, kabir bhatia punya hasil tangan (aku nak tulis buah tangan tadi), apa nak diragukan, 'kan? ermmm, esok pasti akan tengok siaran ulangan dari mula.

mahu buat pengakuan (sila izinkan ye!), astro citra ialah ciptaan dan inovasi yang indah. oh, banyak cerita best dan menariklah kat astro citra ni.

aku yakin astro citra akan menjadikan aku lebih anti-sosial. maknanya, membujang sampai ke tua lah aku jawabnya. aduhai!

"saya buta dan awak pekak. dan tiada apa yang dapat mengubahnya" 
(telefilem keabadian cinta oleh kabir bhatia dan mira mustaffa)

0 comments: