2010-09-13

bukan datuk peguam

aku buat blog ini, di ketika negara gempar berikutan pembunuhan kejam jutawan kosmetik, datuk sosilawati lawiya dan 3 orang lain yang bersama beliau. mereka ditahan, dibunuh, dibakar dan abunya dibuang oleh sindiket yang didalangi oleh seorang peguam bergelar datuk (suspek), yang mana kemudiannya didapati suspek ini tidak pernah pun dikurniakan dengan sebarang pingat kebesaran peringkat persekutuan mahu pun negeri.

maka sebab itu, sengaja aku namakan blog ini sebagai "bukan datuk peguam", sempena memperingati apa yang sedang berlaku. moga-moga bila dah 5-10 tahun lagi (masih berblog ek masa tu? ahaks), bila aku sudah tua dan lupa, aku boleh ingat semula asal usul kewujudan blog ni.

by the way, aku bukan datuk. bukan juga peguam. insan biasa-biasa saja. orang lain sibuk nak berblog, aku pun nak jugak. mana boleh ketinggalan.

kepada pembaca yang sudi luangkan waktu membaca, terima kasih diucapkan.

ikhlas,
b*d*p (bukan datuk peguam)

1 comments:

Kay J said...

eh. anda ni biar betul. buat blog sempena kes pembunuhan?

tak best betul.

apa2 pun welcome to blog world =) moga tulisannya bermanfaat.