2010-09-19

kenangan di william bay

tahu tak macam mana rasanya bila pinggan mangkuk kotor sebanyak 2 sinki telah habis dicuci sampai menciut bunyinya?

sama rasanya macam lepas berjumpa dengan ayam masak kurma segera brahim's, daging rendang segera brahim's dan ayam masak merah segera brahim's di giant mines shopping complex selepas beberapa percubaan mencari di kedai dan shopping complex terkemuka tanahair telah menemui jalan buntu.

brahim's tidak bayar walau sesen pun untuk aku puja-puji mereka dalam entry ini. sila jangan berburuk sangka.

sebenarnya, mahu mengembalikan kenangan makan tengah hari di william bay, perth, australia dulu. makan tengah hari dengan ketupat segera dan ayam masak merah brahim's ni. beralaskan batu-batu besar kami makan sambil memandang laut terbentang luas. memang layan!

william bay, sekali pun makan tengah hari kami pada ketika itu berbumbungkan langit dan bertemankan matahari terik memancar, ironinya tidak langsung rasa bahangnya. rasa sejuk pulak ditiup angin.

rindu perth. sama macam aku rindu tekaan-tekaan orang yang tidak tahu umur aku lalu menyangka aku berumur 25 tahun. even worse bila ada yang kata aku 21 tahun. ahaks.

0 comments: