2010-10-03

meminjam kekuatanmu

kawan aku, yang aku selalu mahu jadi sepertinya tu dan moga dapat dipindahkan kehebatannya pada aku sikit, pernah berkata pada aku, "buatlah baik dengan semua orang. kita tak tahu apa yang orang itu akan jadi di kemudian hari nanti"

tapi, aku tak tahu kenapalah aku susah sangat nak buat baik dengan boss1. aku pun tak pasti kenapa. nampak muka dia di gambar pun sudah rasa meluat. itu hari aku menyumpah seranah laptop sebab bila je aku bukak website syarikat, perkara pertama yang aku nampak ialah gambar dia.

meluat!

itu hari ada emel masuk dan ada attachment gambar dia. pun meluat jugak. dan rasa macam nak bakar laptop. nasib baik laptop syarikat. errr, kalau laptop sendiri pun aku takkan bakar.

ok, aku dah mula dah ni. aku rasa sesuatu yang tak sihat bila terlalu banyak sangat entry bercerita (baca : mengomel) tentang boss.

2010-09-30

aku meminta pada yang ada

pagi tadi, masa dalam perjalanan ke pejabat, sebuah honda city dipandu seorang perempuan free hair hon kereta aku. bila aku pandang dia, mulut dia terkumat-kamit. mesti tengah memaki aku.

malas nak fikir panjang, terus menyalahkan diri sendiri. well, memang salah aku pun rasanya. masuk lane orang tak bagi signal. tapi, selalunya aku tak mudah menyerah kalah macam ni. haih.

sekarang ni antara tempoh masa paling down dalam hidup. malas nak berlawan, malas nak pertahankan diri dalam mesyuarat, terus menyalahkan diri. isk, rendah betul daya juang.

akibat terlalu banyak berfikir, pemikiran pun bercampur aduk dan tak fokus sangat. sudahnya, tarikh terlupa (27 haribulan dah lepaslah encik, hari ini 30 haribulan!), apa yang dibincangkan terlupa (sedangkan baru bincang 3 minit lepas), lupa apa arahan yang diberikan pada subordinates dan lain-lain.

"boss kena kahwin ni," kata kerani aku.

haish, kenapa aku rasa macam takde kaitan je. hmmm...

2010-09-29

susahkah menjadi dia?

telah cuba untuk berfikir positif. tapi setiap kali mencuba, yang ada cuma perasaan tak ikhlas. macam mana? kerja sekarang amat bosan, bila setiap ketika dan masa asyik dipersalahkan atas kesalahan orang lain. dipersalahkan kalau permintaan yang kurang munasabah tidak dapat dipenuhi.

penatlah! tsskk.

jumpa facebook ex-boss1. dan melihatkan wajahnya yang tenang dan mendamaikan di gambar profail membuatkan aku rasa nak menangis yang amat sangat. masih teringat saat kerja dengan dia yang mudah dan tidak menyusahkan. yang selalu memberikan nasihat dan bukan kata-kata cercaan. yang kalau dia marah pun kita boleh terima dengan ikhlas sebab tahu niat dia baik.

boss1 sekarang ini, entahlah, malas mahu komen lebih-lebih. bikin sakit hati je. rasa macam nak tanya dengan boss1 yang sangat c*bai itu, "mengapa kamu tidak boleh menjadi seperti ex-boss?"

kenapa?

2010-09-27

takde jawapan

asyik kena saja dalam mana-mana mesyuarat. sudah naik muak dan bosan. kalau tidak dengan boss1, dengan boss2 -- tidak dengan boss2, orang bahagian lain -- oklah, yang bahagian lain tu mungkinlah bukan marah, tapi tanya itu dan ini. persoalkan itu dan ini.

akhirnya, aku buat keputusan untuk diam je lah. malas nak jawab. jawab salah, tak jawab pun salah. lebih baik berdiam diri je.

diam diri, tanpa aku melawan dan melupakan makna penat sebab nak layan semua kegilaan ini.

2010-09-22

ustaz

baru selesai sesi mengurut (bukan mengurat ye! haha) dengan ustaz. "sakit tapi best" ialah bait-bait perkataan yang tepat untuk menggambarkan apa yang dirasakan selepas diurut.

ustaz ni memang best dan pandai mengurut. satu badan memang rasa sakit bila diurut di kawasan yang ada 'angin'. sangat best bila part dia  urut untuk pecahkan angin. tapi ada ketika sakit ya amat sampai rasa nak menjerit. huhu.

ustaz memang sangat peramah, pandai mengurut, gunakan ayat-ayat al-quran dan dia menggunakan pelbagai teknik urutan -- tradisional melayu, cina dan entah apa lagi.

ustaz juga pandai "menilik jodoh" tau. haha. semasa dia urut betis aku dia kata aku ni ada orang nak tapi tak tahu kenapa tak sangkut-sangkut pulak. huhu. dan hey, ustaz kata umur aku 24 tahun tau.

dan aku rasa sangat muda. sangat. ~lalalala