2010-09-30

aku meminta pada yang ada

pagi tadi, masa dalam perjalanan ke pejabat, sebuah honda city dipandu seorang perempuan free hair hon kereta aku. bila aku pandang dia, mulut dia terkumat-kamit. mesti tengah memaki aku.

malas nak fikir panjang, terus menyalahkan diri sendiri. well, memang salah aku pun rasanya. masuk lane orang tak bagi signal. tapi, selalunya aku tak mudah menyerah kalah macam ni. haih.

sekarang ni antara tempoh masa paling down dalam hidup. malas nak berlawan, malas nak pertahankan diri dalam mesyuarat, terus menyalahkan diri. isk, rendah betul daya juang.

akibat terlalu banyak berfikir, pemikiran pun bercampur aduk dan tak fokus sangat. sudahnya, tarikh terlupa (27 haribulan dah lepaslah encik, hari ini 30 haribulan!), apa yang dibincangkan terlupa (sedangkan baru bincang 3 minit lepas), lupa apa arahan yang diberikan pada subordinates dan lain-lain.

"boss kena kahwin ni," kata kerani aku.

haish, kenapa aku rasa macam takde kaitan je. hmmm...

0 comments: