2010-09-22

ustaz

baru selesai sesi mengurut (bukan mengurat ye! haha) dengan ustaz. "sakit tapi best" ialah bait-bait perkataan yang tepat untuk menggambarkan apa yang dirasakan selepas diurut.

ustaz ni memang best dan pandai mengurut. satu badan memang rasa sakit bila diurut di kawasan yang ada 'angin'. sangat best bila part dia  urut untuk pecahkan angin. tapi ada ketika sakit ya amat sampai rasa nak menjerit. huhu.

ustaz memang sangat peramah, pandai mengurut, gunakan ayat-ayat al-quran dan dia menggunakan pelbagai teknik urutan -- tradisional melayu, cina dan entah apa lagi.

ustaz juga pandai "menilik jodoh" tau. haha. semasa dia urut betis aku dia kata aku ni ada orang nak tapi tak tahu kenapa tak sangkut-sangkut pulak. huhu. dan hey, ustaz kata umur aku 24 tahun tau.

dan aku rasa sangat muda. sangat. ~lalalala