2010-10-03

meminjam kekuatanmu

kawan aku, yang aku selalu mahu jadi sepertinya tu dan moga dapat dipindahkan kehebatannya pada aku sikit, pernah berkata pada aku, "buatlah baik dengan semua orang. kita tak tahu apa yang orang itu akan jadi di kemudian hari nanti"

tapi, aku tak tahu kenapalah aku susah sangat nak buat baik dengan boss1. aku pun tak pasti kenapa. nampak muka dia di gambar pun sudah rasa meluat. itu hari aku menyumpah seranah laptop sebab bila je aku bukak website syarikat, perkara pertama yang aku nampak ialah gambar dia.

meluat!

itu hari ada emel masuk dan ada attachment gambar dia. pun meluat jugak. dan rasa macam nak bakar laptop. nasib baik laptop syarikat. errr, kalau laptop sendiri pun aku takkan bakar.

ok, aku dah mula dah ni. aku rasa sesuatu yang tak sihat bila terlalu banyak sangat entry bercerita (baca : mengomel) tentang boss.

0 comments: